Sunday 2 September 2012

Merdeka

Sajak: Merdeka, Merdeka

by Cikgu Mohamad Musip on Thursday, August 30, 2012 at 12:59am ·

Merdeka, merdeka, merdeka
diksi mulia yang lazim didengari
diksi keramat bagi negara berdaulat
kalimat suci bagi negara sejahtera ini
kalimat murni buat warga kasih pertiwi.

Merdeka jangan hanya kata
Merdeka jangan sekadar ujar
Merdeka jangan cuma ucapan
Merdeka ialah semantik di sanubari
Merdeka ialah logik dan fitrah di azali

Usah sering bertanya apa diperoleh
bertanyalah apa yang disumbangkan
sumbangkanlah apa-apa yang dipinta
waimah muafakat dan mengasihi watan
menolak perjuangan palsu paksinya nafsu
menjiwai islah perjuangan sejati berjati diri.

Merdeka, Merdeka, Merdeka
55 tahun usia bumi aman bertuah ini
Kita syukuri dengan hikmah dan hemah.

Mohamad Musip
30 Ogos 2012, Hotel Eastin, Petaling Jaya

Tazkirah Bahasa

  • Tazkirah Bahasa:

    Gunakan kata arah dengan betul dalam ayat.

    Dalam ayat 1(a), rangkai kata "atas kesudian" ialah rangkai kata yang betul cara pembentukannya. Perkataan "kesudian" bukanlah kata konkrit, lantas kata arah "atas" tidak perlu digunakan sekali dengan kata sendi nama "di".

    Ayat 1(b) ialah ayat yang tidak murni. Contoh penggunaan yang betul bagi kata arah "atas" yang didahului kata sendi nama "di" ditunjukkan pada ayat 1(c).

    1(a) Terima kasih atas kesudian tuan menghadiri majlis ini.

    1(b) Terima kasih di atas kesudian tuan menghadiri majlis ini.

    1(c) Novel itu saya letakkan di atas meja.

    Perkataan "meja" dalam contoh di atas ialah kata konkrit, justeru penggunaan kata sendi nama "di" sebelum kata arah "atas" adalah betul.

Tuesday 14 August 2012

Kemeriahan dalam hidup
beransur-ansur menguncup
selari dengan usia yang menaik
cuba menjauhi yang pelik dan jelek
biar keharuman aroma tersebar merata
biar mahmudah memayungi diri yang leka
biar mazmumah terkikis oleh maghfirah-Nya

Tuesday 7 August 2012

Kata nama 'sebab' dan kata hubung 'kerana'

Thursday 2 August 2012

Kesalahan Imbuhan

Kesalahan Imbuhan

1.1 Pengenalan

Penggunaan imbuhan ialah salah satu aspek yang dapat mengelirukan pengguna BM. Penggunaan imbuhan yang paling banyak mengelirukan ialah akhiran -kan dan -i serta per- dalam pembentukan kata kerja transitif. Begitu juga penggunaan bentuk imbuhan peN, khususnya perbezaan antara pe- dengan per-, dalam pembentukan kata nama. Selain itu, terdapat juga kekeliruan ejaan bagi sesetengah perkataan yang mengandungi sama ada 1g atau 2g dan 1k atau 2k.


1.2 Pelaksanaan atau Perlaksanaan?

Salah satu kekeliruan yang sering dihadapi oleh pengguna BM adalah berhubung dengan penggunaan bentuk imbuhan peN- dalam penjanaan kata nama. Kekeliruan ini menyebabkan kesalahan ejaan perkataan berkenaan. Misalnya, “pelaksanaan” dieja sebagai “perlaksanaan”, “pemohonan” dieja sebagai “permohonan” dan “peletakan” dieja sebagai “perletakan”.

Sebenarnyanya, kekeliruan ini boleh diatasi dengan mudah sekiranya pengguna mengetahui panduan dan rumus penjanaan kata nama dengan menggunakan imbuhan ini. Panduannya adalah dengan melihat bentuk imbuhan awalan pada kata kerja yang daripadanya kata nama itu diterbitkan (Jadual 1).

(1) Bentuk imbuhan peN- pada kata nama

Bentuk imbuhan pada kata kerja / Bentuk imbuhan pada kata nama

Melaksanakan projek / Pelaksanaan projek
Membasmi kemiskinan / Pembasmian kemsikinan
Mentadbir negara / Pentadbiran negara
Menggalakkan pelaburan / Penggalakan pelaburan
Mengebumikan jenazah / Pengebumian jenazah
Berkembang pesat / Perkembangan pesat


1.3 Penggunaan Imbuhan meN- dalam Pembentukan Kata Kerja

Dua masalah berkaitan penggunaan bentuk imbuhan meN- akan dibincangkan dalam bahagian ini. Masalah pertama terlihat dalam penerbitan kata kerja “memperkasakan“ (*memerkasakan). Masalah kedua pula terlihat dalam pembentukan kata kerja “mengetengahkan“ (*mengenengahkan) dan “mengetepikan“ (*mengenepikan).



1.3.1 Memerkasakan atau Memperkasakan?

Salah satu imbuhan yang boleh mengelirukan pengguna bahasa ialah awalan meN- yang berfungsi untuk menerbitkan kata kerja. Hal ini kerana imbuhan ini mempunyai bentuk yang paling pelbagai, iaitu me-, mem-, men-, meng- dan menge-. Perubahan bentuk awalan meN- ini lazimnya bergantung pada huruf pertama kata dasar yang menerima kehadiran imbuhan tersebut. Misalnya, awalan me- hadir pada kata dasar yang bermula dengan huruf ”l” (misalnya ”lihat” menjadi ”melihat”), ”m” (”masuk” – ”memasuki”, ”memasukkan”), ”n” (”nanti” – ”menanti”), ”r” (”rawat” – ”merawat”), dan ”w” (”wakil” – ”mewakili”, ”mewakilkan”).

Walau bagaimanapun, perubahan bentuk awalan meN- tidak hanya ditentukan oleh huruf pertama kata dasar yang menerima imbuhan tersebut. Kata dasar yang bermula dengan huruf ”p” ialah contoh ketara untuk menunjukkan bahawa huruf pertama kata dasar bukan faktor tunggal yang menentukan bentuk awalan meN-.
Hal ini dapat diperhatikan daripada senarai perkataan (2a-l) yang berikut:

(2)        a. Memahat
            b. Memantau
            c. Memeranjatkan
            d. Mempesonakan
            e. Memelihara
            f. Memporak-perandakan
            g. Mempelawa
            h. Memenjarakan
            i. Mempelopori
            j. Mempengaruhi
            k. Memproses
            l. Mengepos

Daripada senarai perkataan (2a-l), dapat dilihat penggunaan tiga bentuk awalan meN-, iaitu me- (”memahat”, ”memantau”, ”memeranjatkan”, ”memelihara” dan ”memenjarakan”), mem- (”mempesonakan”, ”memporak-perandakan”, ”mempelawa”, ”mempelopori”, ”mempengaruhi” dan ”memproses”) dan menge- (”mengepos”), walaupun kesemua kata dasarnya bermula dengan huruf ”p”. Keadaan ini boleh mengelirukan sekiranya seseorang pengguna bahasa kurang arif mengenai faktor-faktor lain, selain huruf pertama kata dasar, yang turut mempengaruhi bentuk awalan meN-.

Selain huruf pertama kata dasar, bentuk awalan meN- juga dipengaruhi oleh bilangan suku kata kata dasar. Bagi kata dasar yang bermula dengan huruf ”p” dan mempunyai dua suku kata, bentuk awalan meN- yang gramatis ialah me- dengan huruf pertama pada kata dasar tersebut bertukar menjadi ”m”. Contoh yang terdapat dalam senarai perkataan (2a-l) ialah ”memahat” (daripada kata dasar ”pahat”) dan ”memantau” (daripada kata dasar ”pantau”). Oleh sebab itu, bentuk awalan meN- yang gramatis bagi kata kerja yang diterbitkan daripada kata adjektif ”pasti” ialah me- (”memastikan”), bukan mem- (”mempastikan”).

Bagi kata dasar yang mempunyai tiga atau lebih suku kata pula, sebahagiannya menerima kehadiran awalan me- sementara sebahagian yang lain menerima kehadiran awalan mem-. Dalam hal ini, terdapat dua panduan yang boleh digunakan. Yang pertama, jika suku kata pertama kata dasar ialah imbuhan per-, bentuk awalan meN- yang gramatis ialah mem- dengan huruf ”p” pada kata dasar tersebut dikekalkan. Contohnya ialah ”memperbesar” (daripada kata dasar ”perbesar”), ”memperluas” (daripada kata dasar ”perluas”) dan ”memperelok” (daripada kata dasar ”perelok”).

Yang kedua, jika kata dasar tersebut ialah kata adjektif, bentuk meN- yang gramatis ialah mem- dengan huruf ”p” pada kata dasar tersebut dikekalkan. Senarai perkataan (3a-f) yang dikutip daripada Kamus Milenium (2000:522-531) dapat membukti kenyataan ini.

(3)        a. Mempedulikan
            b. Mempercayai
            c. Mempelbagaikan
            d. Mempesonakan
            e. Memperlahankan
            f. Memperkasakan
            g. Memeranjatkan

Daripada senarai perkataan (3f), dapat disimpulkan bahawa bentuk yang gramatis bagi pengimbuhan meN- pada kata dasar ”perkasa” ialah mem- dengan huruf ”p” dikekalkan. Oleh itu, bentuk kata kerja transtitif aktif yang gramatis ialah ”memperkasakan”, bukannya ”memerkasakan”. Perlu juga dijelaskan bahawa suku kata ”per” dalam perkataan ”perkasa” bukan imbuhan dan ”perkasa” ialah kata adjektif. Oleh itu, kehadiran imbuhan akhiran -kan dalam penjanaan kata kerja transitif ”memperkasakan” adalah diperlukan. Dengan kata lain, ”memperkasa” (tanpa akhiran -kan) adalah bentuk yang tidak gramatis.

Perkataan ”memeranjatkan” (3g) pula ialah kekecualian kerana kata dasarnya, iaitu ”peranjat”, adalah berbeza daripada kata dasar yang lain (3a-f). Hal ini kerana kata dasar ”peranjat” tergolong dalam kata akar, iaitu perkataan yang mesti digunakan bersama kehadiran imbuhan. Dengan kata lain, perkataan ”peranjat” tidak boleh berdiri sendiri.

Bagi kata dasar yang terdiri daripada KK dan kata nama, sebahagiannya menerima kehadiran awalan meN- dalam bentuk me- sementara sebahagian yang lain dalam bentuk mem-. Senarai perkataan (4a-g) dan (5a-i) yang dikutip daripada kamus yang sama membukti kenyataan ini. Senarai perkataan (4a-g) diterbitkan daripada kata kerja sebagai kata dasar sementara senarai perkataan (5a-i) diterbitkan daripada kata nama sebagai kata dasar.



(4)        a. Memelihara
            b. Memeriksa
            c. Memulihara
            d. Mempelawa
            e. Memperkosa
            f. Memperonyokkan
            g. Memperosokkan


(5)        a. Memenjarakan
            b. Memerangkap
            c. Memerihalkan
            d. Memeringkatkan
            e. Memerintah
            f. Memusakai
            g. Mempelopori
            h. Mempengaruhi
            i. Mempelajari

Dalam hal ini, tiada panduan atau rumus tertentu yang boleh digunakan. Oleh itu, kemahiran berbahasa amat dituntut untuk menentukan bentuk awalan meN- yang gramatis.

Panduan seterusnya ialah bagi kata dasar yang mengandungi satu suku kata, bentuk meN- yang gramatis ialah menge- dengan huruf ”p” pada kata dasar dikekalkan. Senarai perkataan (6a-c) yang berikut membukti kenyataan ini.

(6)        a. Mengepam
            b. Mengepin
            c. Mengepos

Panduan terakhir ialah bagi kata dasar yang merupakan kata ambilan, khususnya daripada bahasa Inggeris (BI), bentuk meN- yang gramatis ialah mem- dengan huruf ”p” pada kata dasar dikekalkan. Senarai perkataan (7-h) yang berikut membukti kenyataan ini.

(7)        a. Mempraktikkan
            b. Memproses
            c. Memprotes
            d. Memplagiat
            e. Mempopularkan
            f. Mempolitikkan
            g. Mempolemikkan
            h. Mempotretkan
            i. Mempamerkan

Semua kata dasar dalam (7a-i) ialah kata ambilan daripada bahasa asing. Kata dasar dalam (7a-h) diambil daripada BI iaitu practice, process, protest, plagiarise, popular, politic, polemic dan potrait.
Kata dasar dalam (7i) pula diambil daripada bahasa Jawa iaitu pamer.


1.3.2 Mesti Mengetengahkan, Jangan Mengenepikan

Ejaan yang gramatis ialah “mengetengahkan“ dan “mengetepikan“, bukan “mengenengahkan“ dan “mengenepikan“. Hal ini kerana kata dasar yang daripadanya dua kata kerja tersebut diterbitkan ialah “ke tengah“ dan “ke tepi“. Huruf yang mengalami perubahan hanyalah huruf pertama, iaitu “k“ menjadi “ng“. Huruf seterusnya, yang ketiga dalam kes ini iaitu “t“ tidak boleh mengalami perubahan menjadi “n“.

Nota: Perkataan yang menerima imbuhan awalan dan akhiran hendaklah dieja secara
bersambung (menjadi satu perkataan) walaupun pada asalnya perkataan tersebut
dieja secara terpisah (dua perkataan).


1.4 Penggunaan Imbuhan -i, -kan / -per dalam Pembentukan Kata Kerja

Penggunaan imbuhan akhiran, iaitu -i, -kan dan juga per- dalam pembentukan kata kerja transitif ialah satu lagi aspek yang sering mengelirukan pengguna BM. Imbuhan-imbuhan ini mempunyai fungsi dan makna tertentu yang mempengaruhi struktur ayat, khususnya jenis objek dan subjek ayat. Oleh itu, pemahaman mengenai fungsi dan makna imbuhan-imbuhan ini adalah penting untuk membolehkan pembentukan perkataan dan ayat yang gramatis.


1.4.1 Jangan Maafkan Saya, Maafilah Saya

“Maaf“ ialah kata nama.
Imbuhan -kan pada kata kerja transitif yang diterbitkan daripada kata nama mendukung maksud sama ada “menjadikan“ (8) atau “memasukkan“ (9). Imbuhan -i pula bermaksud sama ada “menjadi“ (10) atau “memberi“ (11).

(8) Rakyat Melaka merajakan Parameswara.
(9) Pak Mat menyekolahkan anak-anaknya.
(10) Parameswara merajai Melaka.
(11) Dia menasihati saya supaya bersabar.

Ayat (8) bermaksud “rakyat MelakA menjadikan Parameswara raja“.
Ayat (9) bermaksud “Pak Mat memasukkan anak-anaknya ke sekolah“.
Ayat (10) pula bermaksud “ Parameswara menjadikan raja Melaku“.
Seterusnya, ayat (11) bermaksud “dia memberi saya nasihat supaya bersabar“.


Oleh itu, kedua-dua maksud “maafkan saya“, iaitu “jadikan saya maaf“ atau “masukkan saya maaf“ adalah tidak menasabah. Sebaliknya, maksud “maafi saya“, iaitu “beri saya maaf“ adalan menasabah. Begitu juga maksud “izini saya“, iaitu “beri saya izin“ adalah menasabah berbanding maksud “izinkan saya“.


1.4.2 Salji Memutihi, Salmi Memutihkan

“Putih“ ialah kata adjektif. Perbezaan imbuhan -kan dengan -i pada kata kerja transitif yang diterbitkan daripada kata adjektif terletak pada jenis subjek ayatnya. Subjek ayat bagi kata kerja transitif berimbuhan -i ialah pemangkin (12) sementara jenis subjek pada kata kerja transitif berimbuhan -kan ialah agen (13).

(12) Salji memutihi puncak Fuji.
(13) Salmi memutihkan kasutnya dengan kapur.

Subjek ayat (12), iaitu “salji“, ialah pemangkin sementara subjek ayat (13), iaitu “Salmi“, ialah agen. Contoh lain bagi kata kerja transitif jenis ini ialah “mengindahi“ (14) dan “mengindahkan“ (15).

(14) Pohon-pohon yang berbunga mengindahi taman itu.
(15) Para pekerja bandaran mengindahkan taman itu.


1.4.3 Beza Memberi dan Memberikan

“Memberi“ dan “memberikan“ adalah antara sebilangan kecil kata kerja transitif dua objek. Dengan kata lain, kata kerja transitif jenis ini memerlukan kehadiran dua objek untuk menyempurnakan maksud ayatnya. Perbezaan antara kedua-dua kata kerja transitif ini ialah jenis objek tepat masing-masing. Objek tepat kata kerja transitif “memberi“ ialah “penerima pemberian“ (biasanya bernyawa iaitu manusia dan haiwan) manakala objek tepat “memberikan“ ialah “benda yang diberikan“.

(16) a. Saya memberi ibu hadiah.
b. Saya memberikan hadiah kepada ibu.

Objek tepat “memberi“ dalam (16a), iaitu “ibu“ ialah “penerima hadiah“ manakala objek tepat “memberikan“ dalam (16b), iaitu “hadiah“ ialah “benda yang diberikan“. Contoh lain kata kerja transitif jenis ini ialah “memberitahu“ (17a) dan “memberitahukan“ (17b) serta “mengajar“ (18a) dan “mengajarkan“ (18b).

(17) a. Dia memberitahu kami maklumat itu.
b. Dia memberitahukan maklumat itu kepada kami.

(18) a. Encik Ali mengajar pelajar-pelajarnya subjek Matematik.
b. Encik Ali mengajarkan subjek Matematik kepada pelajar-pelajarnya.


1.4.4 Boleh Mempertemukan, Jangan Memperkecilkan

Imbuhan -kan dan per- sama sekali tidak boleh digabungkan dalam pembentukan sesuatu kata kerja transitif. Hal ini kerana kedua-dua imbuhan mendukung maksud yang sama iaitu “jadikan“. Misalnya “kecilkan“ dan “perkecil“ bermaksud “jadikan kecil“. Oleh itu, penggunaan kedua-dua imbuhan dalam pembentukan sesuatu kata kerja transitif, misalnya “perkecilkan“, tidak dibenarkan kerana ia merupakan satu bentuk pembaziran (lewah).

Kekeliruan yang sering berlaku adalah kerana kata kerja transitif berimbuhan -kan juga boleh diterbitkan daripada kata kerja tak transitif berimbuhan ber-. Imbuhan ber- ini seterusnya melalui transformasi perubahan bunyi menjadi per- apabila menerima imbuhan meN-. Dalam keadaan ini, imbuhan -kan tidak boleh digugurkan. Contohnya ialah “bertemu“ menjadi “mempertemukan“ (*mempertemu), “bersila“ (mempersilakan, *mempersila) dan “berjudi“ (memperjudikan, *memperjudi).

Selain itu, kata kerja transitif berimbuhan -kan juga boleh diterbitkan daripada kata dasar yang bermula dengan suku kata (bukan imbuhan) per-. Dalam keadaan ini, imbuhan -kan juga tidak boleh digugurkan. Contohnya ialah “perkasa“ menjadi “memperkasakan“ (*memperkasa).

Soalan yang mungkin ditanya ialah mengapa “memperkosa“ (*memperkosakan)? Jawapannya adalah kerana “perkosa“ ialah kata kerja transitif asal. Oleh itu, ia tidak memerlukan kehadiran -kan. Hal ini samalah dengan “merogol“ (*merogolkan).

Imbuhan -i juga sama sekali tidak boleh digandingkan dengan imbuhan per+. Menggandingkan imbuhan -i dengan -per sama seperti menggandingkan imbuhan -i dengan -kan. Hal ini kerana imbuhan -kan dan -per mempunyai maksud yang sama.

Kekeliruan yang sering berlaku adalah kerana kata kerja transitif berimbuhan -i juga boleh diterbitkan daripada kata kerja tak transitif berimbuhan ber-. Imbuhan ber- ini seterusnya melalui transformasi perubahan bunyi menjadi per- apabila menerima imbuhan meN-. Dalam keadaan ini, imbuhan -i tidak boleh digugurkan. Contohnya ialah “beristeri“ menjadi “memperisteri“ (satu i digugurkan) dan “bersuami“ menjadi “mempersuami“.

Selain itu, kata kerja transitif berimbuhan -i juga boleh diterbitkan daripada kata dasar yang bermula dengan suku kata (bukan imbuhan) per-. Dalam keadaan ini, imbuhan -i juga tidak boleh digugurkan. Contohnya ialah “percaya“ menjadi “mempercayai“ (*mempercaya).


Diedit dan disusun semula daripada hasil penulisan Mohd Rashid Darham.
Bloggerkawe_73

Monday 30 July 2012

Ketam Mengajar Anak 1



Cuba perhatikan ayat-ayat yang para guru ( sebahagian besarnya ) gunakan...
Assalammualaikum dan salam sejahtera,,,SElamat menyambut buah barakah di bulan Ramadhan,,,Saya ingin bertanya tentang CUTI KURSUS SAMBILAN...
menurut penyataan dalam surat kebenaran belajar bagi yang ambil PJJ cuti ini dibenarkan,,, tapi timbul persoalan tentang CUTI ini dikatakan cuti ini tidak wujud Atau memang tidak ada dalam pekeliling. tapi mengapa ada di sebut dalam penytaaan kelulusan kebenaran belajar diberikan...kesian kawan-kawan saya kena ambik CRK kerana nak gi kuliah PJJ mereka,,,dah CRK cuma 7 hari,,,ermmm...boleh kawan-kawan dapat jelaskan,,,terima kasih
http://www.facebook.com/ZAIULIA
 ·  ·  · Yesterday at 8:24am · 

  • 11 people like this.

    • Mesraliza Mustaffa penalaman saya...kuliah saya hanya dihujung minggu, saya hanya kdg2 ambil crk sehr seblm exam, itupun tgk pada subjek...kalau exam jatuh pada hari bekerja, saya ambil cuti tanpa rekod untuk mengambil peperiksaan.....so far x de masalah.....ia bergantung pada pengurusan sekolah kot...
      Yesterday at 8:32am ·  · 4

    • Hayuni Kadir Mcm cg sek dia amik cuti tanpa rekod..dgar diorg ckp kena isi borang & hantar ke kementerian br dikira kita ni tgh blajar dan bila ada exam boleh cuti tanpa rekod sbb dh ada kebenaran..
      Yesterday at 8:32am via mobile ·  · 1

    • Mohd Raihan Cuti tu utk exam je...kena isi ctr dulu...
      Yesterday at 8:34am via mobile · 

    • Alazie Nasution Bagi guru yg sambung belaja cara pjj ada cuti khas 30hari tp nah pohon kena dah sah n 5 thn dlm jawatsn. Sila ke j.pnegeri n isi brang
      Yesterday at 8:43am via mobile · 

    • Apis N Esha Cuti kusus sambilan utk g kuliah dibenarkan..ada pekeliling pon..
      Yesterday at 8:47am via mobile · 

    • Hafizah Ali ye la ..kita guru terpaksa akur....klu kita ckp2 ,mereka yg bukan guru kata ..kitala pejawat awam yg beruntung ....
      .insyaallah sbg guru kita tunjukkan budaya kerja yg baik dan emosi yang seimbang...selamat bertugas kpd semua guru yg ada di sini ..salam ukhwah .

      Yesterday at 8:54am ·  · 1

    • Zulfadhli Ateman Kena mohon dgn JPN dulu baru dapat 30 hari setahun. Tanya kerani sekolah. Merka pasti tahu ada borang kena isi dlm 3 salinan then hantar ke JPN. Dalam 2 minggu dah dpt feedback.
      Yesterday at 8:55am via mobile ·  · 1

    • Red Aries Cuti tanpa rekod boleh ambil utk kuliah juga... Asalkan tak lebih 30 hari setahun.
      Yesterday at 9:00am via mobile · 

    • Sha Shyra Sy dah pernah ambil CKS dua kali utk hadir kuliah. Student pjj layak seperti yg dinyatakan dlm tawaran. Cuma perlu isi borang yg diambil drpd kerani skolah.
      Yesterday at 9:05am via mobile ·  · 1

    • Puan Azizah Jawal kena mohon kebenaran belajar. G jpn amik borang Di unit lthn d perkhidmatan. Tg dlm tempoh sebulan @ 2, dpt surat kebenaran dlm tu ada nyatakan (kalau x silap la...)
      Yesterday at 9:09am via mobile ·  · 1

    • Masitah Haji Hussain Mmg ada cuti tu disbt cks (cuti kursus sambilan). Ckgu hnya kena apply melalui ppd ja n lmpirkn apa yg diperlukn. Blh dptkn borang drpd kerani skolah. itu yg slalu saya buat. Tq
      Yesterday at 9:11am via mobile ·  · 1

    • Jeneral Wan ni kes kurang maklumat dan pengalaman je ni. Lepas ni dah boleh isi borang dan apply cuti tu ikut pekeliling kat atas tu. selamat belajar cikgu

    • Anieza Aba setuju dgn Zulfadhli Ateman dan Red Aries...sebab saya dah lalui buat PJJ masa nak ambil Ijazah dulu..alhamdulillah x da masalah..bila dah mohon..nanti JPN keluarkan surat kebenaran....surat tu nanti boleh jd bukti kita sambung belajar. TQ

    • Norzaitulisma Idris kan dah keluar pekeliling aritu..ada dlm laman web

    • Chenah Yusof hantar salinan pekeliling setiap kali kne kuliah waktu sekolah..nmpak mcm kje bodoh..tp dr sakit hati..berkorbanlah..

    • Jiha Shuib saya ambik CKS (Cuti kursus Sambilan) klu ada kuliah hr sekolah. tp each time have to fill the form in 3 copies and attached with 1- Surat kelulusan Sambung Belajar 2- Surat Tawaran sambung belajar 3- Jadual Kuliah ( Jika lecturer yg ubah kna ada letter@ email from lecturer.
      22 hours ago ·  · 1

    • Harry Ashraf Modal Rm50 jadi RM100,RM400 jadi RM800,Ini semua dalam masa 14hari. Lanjut www.bonusraya.com

      www.bonusraya.com
      Online Shop.
      19 hours ago · 

    • Mohd Zain Sian Pertama, kena mohon kebenaran. Dah dapat kebenaran, baru boleh cuti tanpa rekod 30 hari/tahun untuk ke kuliah. Cuti peperiksaan tak termasuk dalam cuti tanpa rekod dan cuma pada hari peperiksaan sahaja. Cuti peperiksaan dah termaktub dalam pekeliling. Boleh baca pekeliling berkaitan @ pada buku tahunan KPPK. Harap betulkan jika silap.
      17 hours ago via mobile · 

    • Mohmad Khaidar Abd Hamid Betul. Apabila seseorang dpt tawaran melanjutkan pelajaran dia akn dpt surat drpd kpm dgn menyatakan kelayakan cuti yg diperuntukkan kpdnya. Isi borang n hantar ke ppd aje.
      17 hours ago via mobile · 

    • Ida Ali penglaaman sy.. sy sedang sambung belajar snediri tanggung.. takde masalah nak cuti off rekod 30 hari tu.. cuma kena bgtau kita belajar kat JPN.. dan dibenarkan..dlm erti kata lain dlm pengetahuan pihak diaorg... so bila perlu.. isi borang.. then cuti lah..
      12 hours ago · 

    • Sarimah Abdul Malik ya.... saya pun xde masalah... bab2 cuti ni, nasib baik kerani sek. lebih fhm.... apa yg d fahami... sesiapa yg smbung brlajar ada cuti 30 hri....
      11 hours ago via mobile ·