KAEDAH MENGARANG 2K

Ramai pelajar  selalunya ada masalah untuk menulis karangan. Banyak jenis karangan yang perlu dipelajari dan akhirnya perlu ditulis. Masalah ini lebih ketara dalam kalangan pelajar yang kurang rajin menulis. Guru-guru pula perlu mengajar banyak jenis karangan.

Jangan risau! Tidak kurang 80 patah perkataan tetapi karangan kami tidak terlalu panjang!.  Kami akan memperkenalkan satu kaedah mengarang yang mudah. Keperluan untuk menggunakan kaedah ini ialah :
                        i. kreatif
                       ii. boleh menulis dan membaca

Keistimewaan kaedah ini:

* Sebarang karangan yang bertemakan aktiviti boleh menggunakan isi-isi penting yang sama.
                         Contoh aktiviti:

                        i. dalam dewan - Hari Penyampaian Hadiah
                                                - Sambutan Hari Guru
                                                - Sambutan Hari Kebangsaan
                                                - Majlis Pelantikan Pengawas dan lain-lain
                       ii. luar dewan     - Sukan Sekolah
                                                - Perkhemahan Unit Beruniform
                                                - Perarakan Maulud Nabi dan lain-lain

Isi-isi penting:
                        3T DuA HJ ( 3T Dua Haji )

3T - tarikh, tempat, time (masa)
Du - Doa, ucapan
A   - Aktiviti
H   - Hadiah
J    - Jamuan

Kaedah 2K

1. Boleh menukar tajuk dan aktiviti untuk menjadi karangan baru.(dengan penyesuaian yang minimum).
2. Menukar jenis karangan menggunakan karangan asal.

Rangka karangan

1. Pendahuluan - 3T - tarikh  - 28 Jun 2012
                                - tempat - padang SK Paya Dalam
                                - time     - 2.30 petang

2. Perenggan 2  - Du - Doa       - Ustaz Mohmad Khaidar
                                 - Ucapan - Guru besar - Encik Kamal Bahrin
                                                - nasihat - bersungguh-sungguh
                                                - kekalkan semangat kesukanan

3. Perenggan 3  - A  - Aktiviti - perbarisan rumah-rumah sukan
                                              - acara balapan
                                              - acara pegawai dan ibu bapa

4. Perenggan 4  - H  - Hadiah - siapa sampaikan
                                              - siapa dapat
                                              - rumah johan

5. Perenggan 5 - J  - Jamuan  - di mana
                                              - makan apa
                                              - harapan



CONTOH KARANGAN JENIS CERITA
 ( menggunakan kaedah 1 iaitu menukar tajuk dengan  penyesuaian minimum)

1. Kejohanan Sukan Sekolah Kebangsaan Paya Dalam 

            Pada 28 Jun 2012 yang lalu, Sekolah Kebangsaan Paya Dalam telah menganjurkan Kejohanan Olahraga Kali ke 42. Kejohanan ini telah diadakan di padang sekolah pada jam 2.30 petang dan berakhir  empat jam kemudian.
           
            Ustaz Mohmad Khaidar Abd Hamid telah memulakan majlis dengan bacaan doa. Guru besar, Encik Kamal Bahrin pula telah menyampaikan ucapan beliau. Beliau menasihati kami agar bersungguh-sungguh dan mengekalkan semangat kesukanan.

            Kejohanan dimulakan dengan perbarisan lintas hormat pasukan-pasukan yang mengambil bahagian. Sebaik tamat perbarisan, acara balapan seperti larian 100meter, 200 meter, 4x100 meter dan 4x200meter pun berlangsung. Aktiviti bertambah meriah apabila acara pegawai bermula. Acara sukaneka memang akan membuat para penonton tidak kering gusi.

             Tepat jam 5.30 petang, Pengerusi PIBG dan Guru besar telah sudi menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Rumah Seri Bentan menjadi johan keseluruhan pada tahun ini. Raiyan Mohmad Khaidar pula terpilih menjadi atlet terbaik kejohanan.

              Sebelum bersurai, kami disediakan sedikit jamuan. Makanan kami disediakan di dalam plastik manakala guru-guru dan ibu bapa di dewan. Pisang nipah goreng dan air kotak itu begitu menyelerakan. Sambil-sambil makan kami terfikir agar kejohanan ini akan diadakan lagi kerana banyak faedahnya kepada kami.
( lebih kurang 162 patah perkataan)




2.  Kejohanan Merentas Desa Sekolah Kebangsaan Paya Dalam 

            Pada 28 Jun 2012 yang lalu, Sekolah Kebangsaan Paya Dalam telah menganjurkan aktiviti merentas desa. Kejohanan ini telah diadakan di padang sekolah pada jam 2.30 petang dan berakhir  empat jam kemudian.
           
            Ustaz Mohmad Khaidar Abd Hamid telah memulakan majlis dengan bacaan doa. Guru besar, Encik Kamal Bahrin pula telah menyampaikan ucapan beliau. Beliau menasihati kami agar bersungguh-sungguh dan mengekalkan semangat kesukanan.

            Aktiviti bermula dengan taklimat daripada Encik Arman Ahmad dan disusuli dengan aktiviti memanaskan badan oleh Encik Yusni . Guru besar kemudiannya melepaskan kami dengan membunyikan siren. Ada para pelajar yang bertolak-tolak tetapi akhirnya ramai yang berjalan kerana keletihan.

             Tepat jam 5.30 petang, Pengerusi PIBG dan Guru besar telah sudi menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Ramai yang mendapat hadiah berupa medal termasuk saya. Raiyan Mohmad Khaidar pula terpilih menjadi atlet terbaik kejohanan.

              Sebelum bersurai, kami disediakan sedikit jamuan. Makanan kami disediakan di dalam plastik manakala guru-guru dan ibu bapa di dewan. Pisang nipah goreng dan air kotak itu begitu menyelerakan. Sambil-sambil makan kami terfikir agar kejohanan ini akan diadakan lagi kerana banyak faedahnya kepada kami.
( lebih kurang 162 patah perkataan)

* Ayat-ayat yang berwarna biji kundang adalah penyesuaian minimum yang saya maksudkan. Isi A (iaitu aktiviti perlu diubah). Senangkan? Teruskan melihat contoh-contoh di bawah.

Opppsss...berhenti di sini dahulu. Mengambil anak dari kelas tambahan. Terima kasih cikgu-cikgu yang mengorbankan hujung minggu dengan aktiviti berfaedah tanpa upah.




3.  Perkhemahan Unit Beruniform Sekolah Kebangsaan Paya Dalam 

            Pada 28 Jun 2012 yang lalu, Sekolah Kebangsaan Paya Dalam telah menganjurkan aktiviti perkhemahan unit beruniform. Kejohanan ini telah diadakan di Kem Lambaian Danau, Kampung Cincin  pada hari Jumaat dan berakhir pada hari Ahad.
           
            Ustaz Mohmad Khaidar Abd Hamid telah memulakan aktiviti dengan bacaan doa. Guru besar, Encik Kamal Bahrin pula telah menyampaikan taklimat  beliau. Beliau menasihati kami agar berhati-hati dan mengekalkan semangat tolong-menolong.

            Sebaik tamat taklimat, kami mula memasang khemah. Pada hari kedua ada pertandingan berkawad, pertandingan memasak, pertandingan bantu mula dan pertandingan kebudayaan pada sebelah malamnya. Hari Ahad bermula dengan aktiviti gotong-royong dan aktiviti yang dianjurkan oleh pihak kem. Kami diberikan water confident sebelum berkayak. Memang menarik sungguh aktiviti yang dirancang.

             Tepat jam1.00 tengah hari, Pengerusi PIBG dan Guru besar telah sudi menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Ramai yang mendapat hadiah berupa hamper termasuk saya. Raiyan Mohmad Khaidar pula terpilih menjadi peserta terbaik perkhemahan.

              Sebelum bersurai, kami disediakan sedikit jamuan. Makanan kami disediakan di dalam plastik manakala guru-guru dan ibu bapa di dewan. Pisang nipah goreng dan air kotak itu begitu menyelerakan. Sambil-sambil makan kami terfikir agar perkhemahan ini akan diadakan lagi kerana banyak faedahnya kepada kami.
( lebih kurang 162 patah perkataan)



4.  Hari Penyampaian Hadiah Sekolah Kebangsaan Paya Dalam 

            Pada 5 November 2011 yang lalu, Sekolah Kebangsaan Paya Dalam telah menganjurkan Hari Penyampaian Hadiah. Aktiviti ini telah diadakan di Dewan Seri Budiman  pada jam 2.30 petang dan berakhir tiga jam kemudian.
           
            Ustaz Mohmad Khaidar Abd Hamid telah memulakan aktiviti dengan bacaan doa. Guru besar, Encik Kamal Bahrin pula telah menyampaikan ucapan  beliau. Beliau menasihati kami agar belajar bersungguh-sungguh dan mengekalkan semangat tidak mudah berputus asa.

            Sebaik tamat ucapan, para tetamu telah dihiburkan oleh persembahan tarian zapin oleh murid-murid tahun 3. Murid-murid tahun enam pula mempersembahan teater bertajuk " Mael Sambut". Kelakar sungguh persembahan mereka. Para hadirin turut dihiburkan dengan beberapa buah lagu nyanyian Najwa Latif yang diundang khas.

             Tepat jam 3.30 petang , Pengerusi PIBG dan Guru besar telah sudi menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Ramai yang mendapat hadiah berupa hamper dan alat tulis termasuk saya. Raiyan Mohmad Khaidar pula terpilih menjadi pelajar terbaik.

              Sebelum bersurai, kami disediakan sedikit jamuan. Makanan kami disediakan di dalam plastik manakala guru-guru dan ibu bapa di dewan. Pisang nipah goreng dan air kotak itu begitu menyelerakan. Sambil-sambil makan kami terfikir agar aktiviti ini akan diadakan lagi kerana banyak faedahnya kepada kami.
( lebih kurang 162 patah perkataan)



CONTOH KARANGAN JENIS CERITA
 ( menggunakan kaedah 2 iaitu menukar jenis karangan dengan  penyesuaian minimum)


Rangka karangan

1. Pendahuluan - 3T - tarikh  - 28 Jun 2012
                                - tempat - padang SK Paya Dalam
                                - time     - 2.30 petang

2. Perenggan 2  - Du - Doa       - Ustaz Mohmad Khaidar
                                 - Ucapan - Guru besar - Encik Kamal Bahrin
                                                - nasihat - bersungguh-sungguh
                                                - kekalkan semangat kesukanan

3. Perenggan 3  - A  - Aktiviti - perbarisan rumah-rumah sukan
                                              - acara balapan
                                              - acara pegawai dan ibu bapa

4. Perenggan 4  - H  - Hadiah - siapa sampaikan
                                              - siapa dapat
                                              - rumah johan

5. Perenggan 5 - J  - Jamuan  - di mana
                                              - makan apa
                                              - harapan


1. Kejohanan Sukan Sekolah Kebangsaan Paya Dalam 

            Pada 28 Jun 2012 yang lalu, Sekolah Kebangsaan Paya Dalam telah menganjurkan Kejohanan Olahraga Kali ke 42. Kejohanan ini telah diadakan di padang sekolah pada jam 2.30 petang dan berakhir  empat jam kemudian.
           
            Ustaz Mohmad Khaidar Abd Hamid telah memulakan majlis dengan bacaan doa. Guru besar, Encik Kamal Bahrin pula telah menyampaikan ucapan beliau. Beliau menasihati kami agar bersungguh-sungguh dan mengekalkan semangat kesukanan.

            Kejohanan dimulakan dengan perbarisan lintas hormat pasukan-pasukan yang mengambil bahagian. Sebaik tamat perbarisan, acara balapan seperti larian 100meter, 200 meter, 4x100 meter dan 4x200meter pun berlangsung. Aktiviti bertambah meriah apabila acara pegawai bermula. Acara sukaneka memang akan membuat para penonton tidak kering gusi.

             Tepat jam 5.30 petang, Pengerusi PIBG dan Guru besar telah sudi menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Rumah Seri Bentan menjadi johan keseluruhan pada tahun ini. Raiyan Mohmad Khaidar pula terpilih menjadi atlet terbaik kejohanan.

              Sebelum bersurai, kami disediakan sedikit jamuan. Makanan kami disediakan di dalam plastik manakala guru-guru dan ibu bapa di dewan. Pisang nipah goreng dan air kotak itu begitu menyelerakan. Sambil-sambil makan kami terfikir agar kejohanan ini akan diadakan lagi kerana banyak faedahnya kepada kami.
( lebih kurang 162 patah perkataan)


Rangka karangan - laporan


1. Pendahuluan - 3T - tarikh  - 28 Jun 2012
                                - tempat - padang SK Paya Dalam
                                - time     - 2.30 petang

2. Perenggan 2  - Du - Doa       - Ustaz Mohmad Khaidar
                                 - Ucapan - Guru besar - Encik Kamal Bahrin
                                                - nasihat - bersungguh-sungguh
                                                - kekalkan semangat kesukanan

3. Perenggan 3  - A  - Aktiviti - perbarisan rumah-rumah sukan
                                              - acara balapan
                                              - acara pegawai dan ibu bapa

4. Perenggan 4  - H  - Hadiah - siapa sampaikan
                                              - siapa dapat
                                              - rumah johan

5. Perenggan 5 - J  - Jamuan  - di mana
                                              - makan apa
                                              - harapan

2. Laporan Kejohanan Sukan Sekolah Kebangsaan Paya Dalam 

            Pada 28 Jun 2012 yang lalu, Sekolah Kebangsaan Paya Dalam telah menganjurkan Kejohanan Olahraga Kali ke 42. Kejohanan ini telah diadakan di padang sekolah pada jam 2.30 petang dan berakhir  empat jam kemudian.
           
            Ustaz Mohmad Khaidar Abd Hamid telah memulakan majlis dengan bacaan doa. Guru besar, Encik Kamal Bahrin pula telah menyampaikan ucapan beliau. Beliau menasihati kami agar bersungguh-sungguh dan mengekalkan semangat kesukanan.

            Kejohanan dimulakan dengan perbarisan lintas hormat pasukan-pasukan yang mengambil bahagian. Sebaik tamat perbarisan, acara balapan seperti larian 100meter, 200 meter, 4x100 meter dan 4x200meter pun berlangsung. Aktiviti bertambah meriah apabila acara pegawai bermula. Acara sukaneka memang akan membuat para penonton tidak kering gusi.

             Tepat jam 5.30 petang, Pengerusi PIBG dan Guru besar telah sudi menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Rumah Seri Bentan menjadi johan keseluruhan pada tahun ini. Raiyan Mohmad Khaidar pula terpilih menjadi atlet terbaik kejohanan.

              Sebelum bersurai, kami disediakan sedikit jamuan. Makanan kami disediakan di dalam plastik manakala guru-guru dan ibu bapa di dewan. Pisang nipah goreng dan air kotak itu begitu menyelerakan. Sambil-sambil makan kami terfikir agar kejohanan ini akan diadakan lagi kerana banyak faedahnya kepada kami.
Sekian, terima kasih.


Dicatat oleh,                                                                                                            30 Jun 2012.

.........................................................................
(RAIYAN IMAN BIN MOHMAD KHAIDAR)
Setiausaha,
Kelab Balapan dan Padang,
Sekolah Kebangsaan Kemendor.



3. Surat Kiriman-  Kejohanan Sukan Sekolah Kebangsaan Paya Dalam  


                                                                                          Aimee Norhaizi bin Mohmad Khaidar.
                                                                                          JA 8803 Jalan Seroja 11,
                                                                                          Taman Maju,
                                                                                          77000 Jasin,
                                                                                          Melaka.
                                                                                          29 Julai 2012.

Kehadapan saudari Nurliyana Aida binti Zainal Amri yang berada di Subang Jaya. Apa khabar saudari di sana? Saya doakan saudari sekeluarga sihat walafiat. Saya ingin bercerita tentang kejohanan olahraga sekolah saya.

Saudari,
            Pada 28 Jun 2012 yang lalu, Sekolah Kebangsaan Paya Dalam telah menganjurkan Kejohanan Olahraga Kali ke 42. Kejohanan ini telah diadakan di padang sekolah pada jam 2.30 petang dan berakhir  empat jam kemudian.
           
            Ustaz Mohmad Khaidar Abd Hamid iaitu ayahanda saya telah memulakan majlis dengan bacaan doa. Guru besar, Encik Kamal Bahrin pula telah menyampaikan ucapan beliau. Beliau menasihati kami agar bersungguh-sungguh dan mengekalkan semangat kesukanan.

            Kejohanan dimulakan dengan perbarisan lintas hormat pasukan-pasukan yang mengambil bahagian. Sebaik tamat perbarisan, acara balapan seperti larian 100meter, 200 meter, 4x100 meter dan 4x200meter pun berlangsung. Aktiviti bertambah meriah apabila acara pegawai bermula. Acara sukaneka memang akan membuat para penonton tidak kering gusi.

             Tepat jam 5.30 petang, Pengerusi PIBG dan Guru besar telah sudi menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Rumah Seri Bentan menjadi johan keseluruhan pada tahun ini. Raiyan Mohmad Khaidar iaitu adinda saya pula terpilih menjadi atlet terbaik kejohanan.

              Sebelum bersurai, kami disediakan sedikit jamuan. Makanan kami disediakan di dalam plastik manakala guru-guru dan ibu bapa di dewan. Pisang nipah goreng dan air kotak itu begitu menyelerakan. Sambil-sambil makan kami terfikir agar kejohanan ini akan diadakan lagi kerana banyak faedahnya kepada kami.

                    Bagaimana pula dengan kejohanan olahraga sekolah saudari? Saya harap dapatlah sekiranya saudari bercerita tentangnya nanti. Sampaikan salam saya kepada keluarga saudari. 
Sekian, terima kasih.

                                                                                                           Yang benar,

                                                                                                       ......................................

                                 


4. Dialog - Kejohanan Sukan Sekolah Kebangsaan Paya Dalam    

Kamal     : Hai, Khaidar. Awak ke mana? Tidak nampak sewaktu mengaji.
Aimee     : Hai, Kamal. Pada 28 Jun 2012 yang lalu, Sekolah Kebangsaan Paya Dalam telah
                  menganjurkan Kejohanan Olahraga Kali ke 42. Kejohanan ini telah diadakan di
                  padang sekolah pada jam 2.30 petang dan berakhir empat jam kemudian.

Kamal     : Oh, begitu! Ceritalah kepada saya.
Aimee     : Boleh. Ustaz Mohmad Khaidar Abd Hamid telah memulakan majlis dengan bacaan
                  doa. Guru besar, Encik Kamal Bahrin pula telah menyampaikan ucapan beliau.
                  Beliau menasihati kami agar bersungguh-sungguh dan mengekalkan semangat
                   kesukanan.

Kamal     : Kemudian, apa yang berlaku?
Aimee     : Kejohanan dimulakan dengan perbarisan lintas hormat pasukan-pasukan yang
                  mengambil bahagian. Sebaik tamat perbarisan, acara balapan seperti larian
                  100 meter, 200 meter, 4x100 meter dan 4x200meter pun berlangsung. Aktiviti
                   bertambah meriah apabila acara pegawai bermula. Acara sukaneka memang
                   akan membuat para penonton tidak kering gusi.

Kamal    : Menariknya.
Aimee    :Tentulah.Tepat jam 5.30 petang, Pengerusi PIBG dan Guru besar telah sudi
                 menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Rumah Seri Bentan menjadi
                 johan keseluruhan pada tahun ini. Raiyan Mohmad Khaidar pula terpilih menjadi
                 atlet terbaik kejohanan.

Kamal    : Seterusnya apa yang berlaku?
Aimee    :  Sebelum bersurai, kami disediakan sedikit jamuan. Makanan kami disediakan
                  di dalam plastik manakala guru-guru dan ibu bapa di dewan. Pisang nipah goreng
                  dan air kotak itu begitu menyelerakan. Sambil-sambil makan kami terfikir agar
                  kejohanan ini akan diadakan lagi kerana banyak faedahnya kepada kami.

Kamal   : Eh,saya sudah terlambat! Terima kasih kerana sudi berbual dengan saya.
Aimee   : Baiklah. Sama-sama.


P/S
Semasa mengedit karangan dialog ini nampak betul bentuknya tetapi semasa preview lain pula jadinya. Maaf kemahiran mengedit masih belum dikuasai.Kami telah menulis pada word dan copy tapi masih tidak menjadi.

29 Julai 2012
Yeayyy...alhamdulillah. Kepakaran Kamal telah menyelesaikan masalah kami.

Hai. Semua ayat yang berwarna biji kundang adalah penyesuaian minimum yang kami maksudkan. Bagaimana? Mudah kan? Kami akan kembali lagi dengan idea-idea yang lain pula.
28 Julai 2012 - 10.36pm.