PADA KAMI...

Assalamualaikumwarahmatullahhiwabarakatuh. Salam sejahtera kepada para pembaca dan pelawat blog kami. Sebuah blog yang dimestikan buat untuk memenuhi keperluan pembelajaran. Respond kami? Alright...no problem. Sudah tentu ada maklumat tentang cara-cara membuat blog. Dulu semasa kena buat web site pun boleh dapat takkan buat blog ada hal...Hahahaha

Jadi kami pun mulalah dengan cuba-cuba  pada mulanya. Cuba lagi. Cuba lagi. Cuuubaaa secuba-cubanya. Percubaan demi percubaan. Ketawa dan ketawa dan sentiasa berada dalam emosi yang gembira. Setelah beberapa jam, rupa-rupanya siap profile dan tajuk blog sahaja. Pada kami memang la best. Terus kami maklumkam alamat URL kepada bos. Tak tahulah apa yang dia fikir...

Dan tak tahulah apa yang you all fikir. Dalam hati kami," Mesti dia orang ngata kita nih... Blog Berbahasa Melayu Bersama 2K tapi bahasa yang dipakai entah apa-apa!" Betul tak?

Alamak...ada kerja la pulak! So we take a break. Nanti sambung semula. 


28 Julai 2012.
Hai. Begini sebenarnya...

Assalamualaikumwarahmatullahhiwabarakatuh. Salam sejahtera kepada para pembaca dan pelawat blog kami. Sebuah blog yang dibuat untuk memenuhi keperluan pembelajaran. Tindakan kami? Menerima dengan hati terbuka dan positif . Tiada masalah. Sudah tentu ada maklumat tentang cara-cara membuat blog di internet.Kami pernah membuat laman web berpandukan arahan daripada "google", jadi sepatutnya tiada masalah untuk membuat blog.

         Jadi kami pun bermulalah dengan cuba-cuba. Percubaan demi percubaan. Ketawa banyak mengiringi usaha kami dan sentiasa berada dalam emosi yang gembira. Setelah beberapa jam, akhirnya siap. Cuma profile dan tajuk blog sahaja! Pada kami memang menarik dan satu kejayaan. Terus kami maklumkam alamat URL kepada ketua unit dan seterusnya kepada pensyarah berkenaan. Tidak tahulah apa yang dia fikir...

         Dan tak tahulah apa yang anda semua fikir. Dalam hati kami," Mesti dia orang mengata kita ni... Blog Berbahasa Melayu Bersama 2K menggunakan kaedah reverse physiology rupanya." Betul tak?