Monday 30 July 2012

BICARA AWAL PAGI


Bicara awal pagi...

Sengaja kupilih denai ini
denai dipenuhi semak berduri
di sana sini tumbuhan renek berdiri
mengocak hati yang resah dan sangsi
menguji diri tentang upaya yang digagahi
menulis sejumlah muka dititipkan buat insan
insan kerdil merentas kaum agama dan budaya
demikianlah tugas yang kusanggupi di pinggir usia
sanggup kubataskan waktu untuk bersenang-lenang
demi menyinambungkan kapayahan diri yang lama sebati
redalah kulalui kerja yang rencam dan terjadual ketat sekali.

Mohamad Musip
31 Julai 2012

* Nukilan kenangan sebagai tanda ingatan atas kesediaan
untuk sama-sama menangani kerja penulisan buku teks BM.
 ·  ·  · 10 hours ago · 

No comments:

Post a Comment