Monday 30 July 2012


Di laman sosial ini, antara yang lazim kita coretkan ialah keperihalan diri. Dengan kata lain, kebanyakan orang suka membina ayat penyata, berbanding dengan ayat-ayat tanya, perintah, dan seruan. Jadi, apabila kita memerihalkan kejayaan diri, sebenarnya yang cuba diserlahkan ialah keinginan untuk menambah baik kejayaan yang dicapai. Maksudnya, kejayaan itu relatif sifatnya. Oleh itu, dengan mencoretkan kata-kata tentang kejayaan diri, hal itulah bukanlah tentang penyakit kagum akan diri (wujub), sebaliknya cuba berkongsi kejayaan yang kecil untuk mencipta kejayaan yang lebih besar. Pada masa yang sama, kita turut mendorong orang lain untuk meraih kejayaan - dalam upaya dan kudrat masing-masing. Tulisan kita tergantung atas niat kita.
 ·  ·  · Yesterday at 12:31am · 

No comments:

Post a Comment