Saturday 21 July 2012

Kata Nafi

Kata Nafi







 







Kata nafi ialah perkataan yang digunakan untuk menafikan sesuatu pernyataan.







Terdapat dua kata nafi, iaitu bukan dan tidak.







Kata nafi bukan digunakan untuk menafikan frasa nama dan frasa sendi nama.







Contoh ayat







Lelaki yang berbaju merah itu bukan ayah saya.







Baju ini bukan untuk Suzi, tetapi untuk adiknya.







Kata nafi tidak digunakan untuk menafikan frasa kerja dan frasa adjektif.







Contoh ayat







Melepak di pusat membeli-belah tidak memberikan sebarang faedah.







Sungai di belakang rumah saya tidak dalam sangat.







Kata nafi bukan boleh hadir sebelum frasa kerja dan frasa adjektif jika ayat itu tidak setara.







Budak itu bukan pandai sangat tetapi dia rajin belajar.







Anjing itu bukan garang tetapi suka bermanja.





<

No comments:

Post a Comment