Assalamualaikum.
Pasti ramai para penjaga yang ingin memohon cuti untuk anak-anak mereka apabila terjadi hal-hal yang memerlukan mereka bercuti. Pengalaman saya, ada kalangan ibu bapa yang cuma menghantar memo dan bukannya surat memaklumkan tentang anak mereka yang hendak bercuti. Ada juga antara ibu bapa yang menyuruh anak mereka menulis sendiri surat itu.
Masih dikira ok berbanding ibu bapa yang mengambilkan MC untuk anak-anak mereka. Masih saya kira ok daripada ibu bapa yang tidak memaklumkan pihak sekolah tentang ketidakhadiran anak mereka. Dengan bahasa yang mudah difaham...ponteng.
Saya cadangkan sepucuk surat rasmi untuk urusan ini.
CONTOH SURAT MEMOHON CUTI
Mohmad Khaidar bin Abd Hamid.
JA 8803 Jalan Seroja 11,
Taman Maju,
77000 Jasin,
Melaka.
____________________________________________________________
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Jasin,
Jalan Aman,
77000 Jasin,
Melaka. 25 Julai 2012.
Tuan,
Memohon Cuti
Sukacita saya maklumkan perkara di atas saya rujuk.
2. Saya adalah ayah kepada Batrisyia binti Mohmad Khaidar pelajar tuan dari kelas 6 Arif.
3. Saya ingin memohonkan cuti untuknya mulai 30 Julai 2010 - 31 Julai 2012 kerana dia terpaksa mengikut saya ke Kelantan atas urusan kerja saya.
4. Saya berharap permohonan saya ini akan mendapat pertimbangan tuan.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
....................................
No comments:
Post a Comment