Thursday 26 July 2012

Prof Dr Awang Sariyan BICARA di SURIA.fm:

Berikut tukilan daripada sarjana Bahasa Melayu terkemuka, Prof Dr Awang Sariyan dalam wawancara menarik ini yang akan disiarkan 10.30 malam ini di SURIA:

"...Kita tidak boleh melihat hanya kerana penjajah pernah menggerhanakan bahasa kita
maka kita membiarkan bahasa itu mati terus. Harus digilap kembali. Dan siapa yang menggilap, harus bangsa itu sendiri, seperti kata Abdullah Munsyi: Tidak ada bangsa lain yang dapat memuliakan bahasa itu melainkan bangsa itu sendiri. Ini asas yang saya kira kita perlu tanamkan semaikan pada golongan muda."

Prof Awang menambah dengan penuh semangat: "Bagi saya, walaupun Ibnu Khaldun menyatakan kesan-kesan penjajahan memerlukan 7 generasi baru kita dapat bebas daripada pengaruh penjajah, tapi kita mesti berupaya berusaha untuk mengeluarkan diri daripada kepompong warisan penjajah...".

Jangan lupa, ikuti BICARA bersama Daud Yusof, 10.30 malam ini hanya di SURIA.
— with Nurul Hidayah and 32 others

No comments:

Post a Comment