Thursday 26 July 2012

Dari mentor kami...


Apabila saya sedar bahawa saya tersalah menekan aksara ketika mengeja sesuatu perkataan, saya akan segera membetulkan ejaan berkenaan. Seberapa boleh, saya mahu menjadi suri teladan dalam berbahasa. Mengapakah hal yang seremeh ejaan pun tidak dihiraukan orang?

Untuk pengetahuan, saya senaraikan beberapa perkataan yang digunakan bersama-sama nama Allah yang kerap dieja salah oleh khalayak pengguna bahasa. Setelah diberitahu, mohon diteladanilah bentuk ejaan ini.

...insya-Allah
...masya-Allah
...kudrat dan iradat-Mu
...dengan izin-Nya
...hamba-Mu
...ya Allah ya Tuhanku, Tuhan Yang Maha Pengasih...

Mengeja dengan betul pun dapat mendamaikan hati dan mendinginkan jiwa...
1 · · ·

No comments:

Post a Comment