Persatuan Bahasa Malaysia,
Sekolah Kebangsaan Kemendor,
Felda Tun Ghaffar Kemendore,
77000 Jasin,
Melaka.
____________________________________________________________________________
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Kemendor,
Felda Tun Ghaffar Kemendore,
77000 Jasin,
Melaka. 10 Julai 2012.
Tuan,
Memohon Pinjaman Peralatan Sekolah
Sukacita dimaklumkan perkara di atas saya rujuk.
2. Persatuan Bahasa Malaysia Sekolah Kebangsaan Kemendor sedang mengadakan Kempen Bulan Bahasa dan Membaca sepanjang bulan Julai ini. Majlis perasmian penutupnya akan diadakan pada 31 Julai 2012 jam 2.30 petang.
3. Sehubungan dengan itu, kami ingin meminjam beberapa peralatan untuk melancarkan perjalanan majlis itu.
Bil | Peralatan | Kuantiti |
1. | Kerusi banquet | 20 buah |
2. | Kerusi plastik | 40 buah |
3. | Peralatan siaraya | 1 set |
4. | Komputer riba | 1 buah |
5. | Pemancar LCD | 1 buah |
6. | Papan layar putih | 1 buah |
4. Kami berharap permohonan kami akan dipertimbangkan dan mendapat tindakan yang sewajarnya daripada pihak tuan.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
……………………………………………….
( BATRISYIA BINTI MOHMAD KHAIDAR)
Setiausaha,
Persatuan Bahasa Malaysia,
Sekolah Kebangsaan Kemendor.
No comments:
Post a Comment